Dipecat pulang seminit awal, pekerja wanita menang saman

Seorang wanita di China yang dipecat kerana meninggalkan kerja satu minit lebih awal pada enam hari dalam sebulan, telah menang saman di atas kes pemecatan tidak sah dan mendapat pampasan.
Seorang wanita di China yang dipecat kerana meninggalkan kerja satu minit lebih awal pada enam hari dalam sebulan, telah menang saman di atas kes pemecatan tidak sah dan mendapat pampasan.
A
A
A

GUANGZHOU - Seorang wanita di selatan China yang dipecat kerana meninggalkan kerja satu minit lebih awal pada enam hari dalam sebulan, telah menang saman di atas kes pemecatan tidak sah dan mendapat pampasan.

New Express melaporkan, wanita yang dikenali Wang, telah membawa syarikat tempat dia bekerja yang berpusat di Guangzhou, Wilayah Guangdong, ke mahkamah awal tahun ini.

Mahkamah tempatan baru-baru ini memutuskan bahawa majikan Wang, yang namanya tidak didedahkan, telah memecatnya secara tidak sah dan perlu membayar pampasan tersebut.

Wang berkata, bahawa dia telah bekerja untuk syarikat tersebut selama tiga tahun dan memiliki "rekod prestasi yang baik."

Dalam sesi pendengaran pemecatan tidak sah, majikan Wang didapati gagal memberi amaran mengenai kesalahan yang dilakukan oleh pekerjanya itu.

Pada akhir tahun lalu, seorang pengurus sumber manusia menghubungi Wang dan memberitahu bahawa rakaman pengawasan pejabat menunjukkan bahawa dia telah meninggalkan mejanya satu minit lebih awal daripada waktu yang ditetapkan pada enam hari dalam sebulan.

Wang kemudian mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa hak pekerja tempatan dan memfailkan saman terhadap syarikat tersebut.

Mahkamah berpendapat bahawa walaupun Wang pulang satu minit lebih awal daripada jadual kerja, ia tidak wajar dianggap sebagai “pulang awal”.

Namun, syarikat tidak mengeluarkan sebarang amaran kepada Wang, mahupun menasihatinya untuk membetulkan tingkah lakunya.

Artikel Berkaitan:

Keputusan mahkamah menyatakan bahawa pemecatan Wang adalah tidak sah kerana kekurangan bukti dan tidak berasas.

Liu Biyun, seorang peguam dari Firma Guandong Laixin, berkata bahawa memecat pekerja dalam keadaan seperti ini adalah hukuman yang terlalu keras.

Berita ini mencetuskan perbincangan hangat di media sosial tanah besar China. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!