Berdiri pada jarak 1.5 meter elak jangkitan Covid-19

Pelanggan diminta berdiri di garisan kuning dan memakai topeng muka ketika beratur untuk membeli minuman bubble tea yang terkenal di bandar Changsha di wilayah Hunan yang dibuka semula pada 23 Februari lalu. - Foto AGENSI
Pelanggan diminta berdiri di garisan kuning dan memakai topeng muka ketika beratur untuk membeli minuman bubble tea yang terkenal di bandar Changsha di wilayah Hunan yang dibuka semula pada 23 Februari lalu. - Foto AGENSI
A
A
A

BEIJING - Orang ramai sanggup beratur sepanjang 100 meter selepas sebuah kedai minuman bubble tea terkenal di bandar Changsha di wilayah Hunan dibuka semula pada 23 Februari lalu susulan ancaman wabak koronavirus (Covid-19) di China sejak akhir Disember 2019.

China News melaporkan kedai yang tidak dinamakan itu turut menetapkan peraturan supaya pelanggan berdiri pada jarak 1.5 meter antara satu sama lain sebagai langkah membendung penularan wabak membawa maut itu.

“Masa menunggu juga antara satu jam hingga dua jam namun pelanggan sanggup menunggu lama untuk mendapatkan teh susu yang menjadi kegilaan ramai itu,” jelas laporan tersebut.

Premis berkenaan turut menampal garisan yang tertera arahan ‘tolong pakai topeng muka dan beratur di belakang garisan kuning’ bagi memudahkan pelanggan.

Difahamkan, kakitangan premis berkenaan akan memeriksa suhu tubuh pelanggan yang tiba di barisan paling hadapan dan memberikan pensanitasi tangan sebelum mereka membuat pesanan.

Hunan merupakan wilayah yang terletak bersebelahan Wuhan yang terjejas teruk akibat epidemik tersebut.

Awal Februari lalu, Hunan turut diserang wabak selesema burung H5N1. - Agensi

Artikel Berkaitan: