Adly cadang TYT bubar DUN Melaka, adakan pilihan raya negeri

Kenyataan media memaklumkan cadangan yang dibuat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan.
Kenyataan media memaklumkan cadangan yang dibuat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari telah mencadangkan kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan.

Adly berkata, beliau telah bertemu dengan Yang di-Pertua Negeri Melaka di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) di sini hari ini bagi menyatakan cadangan berkenaan.

Menurutnya, tindakan itu dilakukan selepas mengambil kira keadaan ketidakstabilan politik negeri yang boleh menjejaskan pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat serta bagi mengembalikan semula mandat kepada rakyat.

"Saya dengan merujuk kepada peruntukan di bawah perkara 7(4) Perlembagaan Negeri Melaka yang berbunyi seperti berikut: "Jika Ketua Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli Dewan Undangan Negeri, maka Ketua Menteri hendaklah meletakkan jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan melainkan jika atas permintaannya Yang di-Pertua Negeri membubarkan DUN.

"Maka saya telah mencadangkan kepada yang di-Pertua Negeri untuk membubarkan DUN Melaka bagi membolehkan PRN diadakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Pakatan Harapan Melaka tumbang

Sokong Perikatan Nasional, Norhizam mengaku jadi barua

Kami kembali, kata Idris

Artikel Berkaitan:

Beliau turut berharap agar semua rakyat Melaka bertenang dan mematuhi peraturan bagi memastikan negeri ini terus aman dan selamat.

Kenyataan Adly di laman sosial Facebook miliknya.
Kenyataan Adly di laman sosial Facebook miliknya.

Terdahulu, Adly membuat hantaran di Facebooknya berkata, beliau telah melakukan yang terbaik untuk memastikan rakyat Melaka mendapat khidmat dari kerajaan pilihan rakyat.

"Maafkan saya kerana tidak dapat mempertahankan kerajaan ini kerana saya tidak akan tunduk kepada pengkhianatan.

"Akan tiba masanya kerajaan ini akan dipulangkan kepada rakyat. Saya sayang kamu," katanya.

Hari ini Barisan Nasional (BN) Melaka mengesahkan pembentukan kerajaan negeri baharu menerusi Perikatan Nasional dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pembentukan gagasan itu termasuk 15 ADUN BN dan dua ADUN Bersatu selepas Pengerusi UMNO Melaka yang juga Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mempersembahkan akaun bersumpah (SD) kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob kira-kira jam 2 petang tadi.