Mayat lelaki ditemui bawah jejambat

Polis sedang menjalankan siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki warga asing di bawah jejambat Jalan Yew.
Polis sedang menjalankan siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki warga asing di bawah jejambat Jalan Yew.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengunjung di sekitar Pasar Pudu dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki warga asing di bawah jejambat di Jalan Yew, di sini, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Dang Wangi, Superintendan Rudy Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat tersebut pada jam 8.07 pagi.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, mayat mangsa dalam keadaan terlentang memakai seluar panjang jean berwarna biru dan t-shirt warna kelabu ditemui berhampiran dengan longgokan sampah.

"Pemeriksaan forensik mendapati jari telunjuk kaki kanan mangsa telah putus selain terdapat kesan kecederaan pada pergelangan tangan serta mata kiri dan rusuk kirinya juga didapati lebam.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di lokasi kejadian berikutan tiada kesan darah di sekitar tempat kejadian," katanya di lokasi kejadian.

Rudy berkata, tiada penemuan sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa berusia dalam lingkungan 30-an ini.

Katanya, mayat telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

"Polis percaya suspek terdiri lebih daripada dua orang. Siasatan masih dijalankan termasuk giat mengesan saksi kejadian dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian bagi mengesan suspek," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.