Kes rogol: PM Modi minta tindakan paling tegas dikenakan

Narendra Modi. Foto Agensi
Narendra Modi. Foto Agensi
A
A
A

VARANASI - Perdana Menteri India, Narendra Modi pada Jumaat telah mengarahkan tindakan paling tegas diambil terhadap semua individu yang terlibat dalam kes rogol beramai-ramai di Varanasi.

Arahan itu dikeluarkan sejurus beliau tiba di kawasan Parlimennya, selepas menerima taklimat daripada Pesuruhjaya Polis, Pesuruhjaya Bahagian dan Pegawai Daerah Varanasi.

Kes rogol berkenaan melibatkan seramai 23 suspek, di mana sembilan daripada mereka telah ditahan reman oleh Mahkamah Daerah.

Menurut pihak polis, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 4 April lalu dan mendakwa telah dirogol oleh kesemua suspek selama tujuh hari berturut-turut.

Siasatan sedang dijalankan di bawah seksyen yang berkaitan di Balai Polis Lalpur Pandeypur. Sementara polis juga sedang berusaha menahan baki suspek yang masih bebas.

Sementara itu, Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath turut hadir bagi memantau persiapan untuk perhimpunan awam yang akan dihadiri oleh PM Modi.

Dalam lawatan itu, Modi dijangka merasmikan beberapa projek pembangunan infrastruktur termasuk projek jalan raya, jambatan, sistem bekalan elektrik, dan kemudahan keselamatan bernilai lebih RM1 bilion.

Projek-projek ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan beliau untuk memperkukuh sambungan dan kemudahan awam di Varanasi. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!