Dua lelaki ditahan cederakan individu di stesen minyak

Polis tahan dua lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kes mencederakan seorang individu di sebuah stesen minyak di Jalan Mengkibol. Foto hiasan
Polis tahan dua lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kes mencederakan seorang individu di sebuah stesen minyak di Jalan Mengkibol. Foto hiasan
A
A
A

KLUANG - Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes mencederakan seorang individu di sebuah stesen minyak di Jalan Mengkibol, di sini, pada petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, tangkapan terhadap dua lelaki berusia 29 dan 45 tahun itu dilakukan di Jalan Sekolah, Kluang pada kira-kira jam 4 petang Jumaat susulan penularan video kejadian berkenaan di media sosial.

"Siasatan awal mendapati suspek pertama mempunyai satu rekod jenayah, manakala suspek kedua tidak mempunyai sebarang rekod jenayah," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek yang merupakan rakan sekerja itu negatif dadah, dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!