Dua lelaki ditahan cuba seludup minyak masak peket

PGA menahan dua lelaki dipercayai cuba menyeludup lima kotak minyak masak peket di Gelang Mas, Pasir Mas pada Sabtu. FOTO: PGA
PGA menahan dua lelaki dipercayai cuba menyeludup lima kotak minyak masak peket di Gelang Mas, Pasir Mas pada Sabtu. FOTO: PGA
A
A
A

PASIR MAS - Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki dipercayai cuba menyeludup lima kotak minyak masak peket di Gelang Mas di sini pada Sabtu.

Mereka yang berusia 18 dan 43 tahun itu ditahan pada jam 1.30 pagi semasa penugasan Op Taring Wawasan.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan terhadap kenderaan terbabit menemukan 60 kilogram minyak masak peket tanpa sebarang dokumen berkaitan.

Sebanyak 60kg minyak masak peket ditemukan dalam kenderaan dipandu suspek.
Sebanyak 60kg minyak masak peket ditemukan dalam kenderaan dipandu suspek.

"Kes disiasat bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan suspek serta barangan rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Menurut beliau, pihaknya akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!