Remaja lelaki ditahan cabul rakan sebaya

Suspek remaja lelaki ditahan selepas cabul rakan sebaya di Tawau.
Suspek remaja lelaki ditahan selepas cabul rakan sebaya di Tawau.
A
A
A

TAWAU - Tindakan seorang remaja lelaki mencabul rakan sebaya dalam kejadian di sebuah kampung di daerah ini membawa padah apabila ditahan polis pada Khamis lalu.

Penahanan suspek dibuat selepas mangsa yang juga pelajar perempuan berusia 16 tahun memaklumkan kejadian itu kepada ibunya sebelum laporan polis dibuat pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Champin Piuh berkata, laporan diterima daripada ibu mangsa kira-kira jam 8 malam.

"Pengadu dimaklumkan anaknya bahawa kawannya seorang lelaki telah membuat gangguan seksual dengan mencabulnya.

"Bertindak atas maklumat tersebut, suspek ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Champin berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

"Hasil siasatan awal mendapati, suspek dan mangsa saling mengenali dan kedua-duanya masih bersekolah.

"Siasatan masih diteruskan dan suspek ditahan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!