Bayi lima bulan maut: Taska tidak berdaftar JKM

Penguatkuasa JKM Johor menampal notis arahan berhenti operasi terhadap sebuah premis rumah yang dijadikan sebagai pusat jagaan kanak-kanak di Kangkar Pulai. - Foto Khirin-Nisa
Penguatkuasa JKM Johor menampal notis arahan berhenti operasi terhadap sebuah premis rumah yang dijadikan sebagai pusat jagaan kanak-kanak di Kangkar Pulai. - Foto Khirin-Nisa
A
A
A

JOHOR BAHRU – Sebuah premis asuhan yang menempatkan bayi lelaki berusia lima bulan yang dilaporkan meninggal dunia di Kangkar Pulai, di sini, pada Rabu, didapati tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Khairin-Nisa Ismail berkata, siasatan berhubung kejadian telah dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri pada Khamis.

Jelas beliau, siasatan mendapati bayi lelaki berkenaan telah dijaga pengasuh wanita terbabit sejak berusia tiga bulan.

"Hasil siasatan mendapati pengasuh menjalankan perkhidmatan menjaga kanak-kanak sejak tahun 2022, namun tidak membuat sebarang pemakluman notifikasi pengasuh di rumah kepada JKM.

"Selain itu, pengasuh juga tidak pernah mendaftarkan premis rumah tersebut di bawah Seksyen 7 Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.

"Namun, pengasuh terbabit telah menghadiri kursus asas asuhan dan didikan awal kanak-kanak Permata (KAP) pada tahun 2016," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Jelas beliau, notis Lak di bawah Seksyen 20A Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 telah dikeluarkan pada Jumaat, bagi memberhentikan operasi penjagaan kanak-kanak di premis terbabit.

"Sekiranya orang ramai mendapati mana-mana premis yang beroperasi sebagai taska tidak berdaftar, aduan boleh dibuat kepada Talian Kasih di 15999 atau Whatsapp nombor 019-2615999,” jelasnya.

Pada Khamis, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ibu mangsa yang berusia 31 tahun pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!