Banjir kilat: Lelaki dipercayai maut terkena renjatan elektrik

SHAH ALAM - Seorang lelaki dipercayai meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika banjir kilat melanda di Sri Muda, Shah Alam sejak awal pagi Jumaat.
Menurut perkongsian seorang pengguna di TikTok turut mendakwa, penduduk sekitar turut tidak dibenarkan berada di dalam atau berdekatan dengan kawasan air banjir.
Terdapat juga beberapa penduduk yang duduk di atas bumbung kerana dipercayai terperangkap.

Sementara itu, Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan pengesahan polis berkenaan dakwaan berkenaan.
Sebelum ini dilaporkan, sebanyak lima daerah di Selangor dilanda banjir kilat susulan hujan tanpa henti yang berlaku sejak awal pagi tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor, Ghazali Abd Rahman berkata, daerah terbabit ialah Petaling, Klang, Sepang, Hulu Langat dan Gombak.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
