PRK Ayer Kuning: Tujuh borang pencalonan sudah terjual

Sebanyak tujuh borang pencalonan bagi PRK DUN Ayer Kuning telah dijual setakat pagi ini. - Gambar hiasan
Sebanyak tujuh borang pencalonan bagi PRK DUN Ayer Kuning telah dijual setakat pagi ini. - Gambar hiasan
A
A
A

IPOH - Sebanyak tujuh borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dijual setakat pagi ini.

Perkara itu disahkan sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang antara lain melibatkan pencalonan parti politik Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Daripada jumlah itu, berkemungkinan calon bebas akan turut bertanding.

Pada Isnin, BN mengumumkan bertanding dalam PRK DUN Ayer Kuning dengan menampilkan calon daripada UMNO, Dr Mohamad Yusri Bakir, 54.

Turut mengumumkan perkara sama, PN menerusi wakil Pas, Abd Muhaimin Malek, 44, dan Bawani KS, 40, mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 12 April dan 22 April manakala 26 April sebagai hari mengundi.

PRK Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin pada 22 Februari lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Ishsam mewakili BN menang dengan 2,213 majoriti undi iaitu dengan 9,088 bilangan undi dalam pertembungan lima penjuru, mendahului calon Pakatan Harapan (PH) (6,875), Perikatan Nasional (PN) (6,812), Parti Pejuang Tanahair (105) dan Parti Sosialis Malaysia (586).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!