WTCKL, WTC Shenzhen tandatangan MoU kukuhkan kerjasama Malaysia-China

World Trade Centre Kuala Lumpur dan World Trade Center Shenzhen tandatangan MoU untuk mengukuhkan peluang kerjasama yang Lebih menyeluruh antara Malaysia dan China.
World Trade Centre Kuala Lumpur dan World Trade Center Shenzhen tandatangan MoU untuk mengukuhkan peluang kerjasama yang Lebih menyeluruh antara Malaysia dan China.
A
A
A

PUSAT Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) terus mengukuhkan jaringan globalnya menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama World Trade Center Shenzhen yang juga dikenali sebagai Shenzhen Municipal Committee of China Council for the Promotion of International Trade pada 8 April lalu di Marseille, Perancis.

Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, kerjasama strategik itu bertujuan memperkukuh peranan kedua-dua pusat dalam mempromosikan perdagangan antarabangsa, menarik pelaburan global serta menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia kepada ahli organisasi masing-masing.

“Langkah ini selaras dengan hasrat untuk menjadikan kedua-dua pusat dagangan tersebut sebagai hub perniagaan bertaraf dunia dalam sektor perkhidmatan perdagangan global.

“WTCKL dan WTC Shenzhen akan saling melengkapi dan bergabung kepakaran dalam memacu inisiatif yang menyokong pertumbuhan ekonomi, pemindahan teknologi, serta pembangunan perdagangan dua hala yang lebih progresif,” katanya selepas menandatangani MoU sempena ‘55th World Trade Centers Association Global Business Forum 2025’.

Forum tersebut merupakan platform terkemuka yang menghimpunkan ahli perniagaan dan pelabur dari seluruh dunia.

MoU itu turut ditandatangani oleh wakil rasmi daripada WTC Shenzhen iaitu Liu Xiao dan Haobo (Yuci).

Irmohizam yang juga Ahli Lembaga Pengarah World Trade Centers Association berkata, kedua-dua WTC akan memperluaskan rangkaian dan perkongsian maklumat dengan lebih mudah dan menyeluruh melalui inisiatif berkenaan.

“Saya yakin WTCKL dan WTC Shenzhen akan terus berusaha mencari peluang terbaik dan mengukuhkan keberadaan kami dalam industri perkhidmatan perdagangan serta membantu dalam memudahkan pertumbuhan ekonomi yang lebih luas di kedua-dua negara,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!