Kemelut politik: Penjawat awam di Melaka diminta kekal bertenang

Adly Zahari
Adly Zahari
A
A
A

MELAKA - Para penjawat awam di negeri ini diingatkan supaya mengekalkan kualiti kerja serta kekal bertenang melaksanakan tugas mengikut undang-undang dan dasar kerajaan yang telah dikuatkuasakan.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, sebagai penjawat awam, mereka perlu komited menjunjung dan mengangkat taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

"Saya suka memetik saranan daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman yang menyebut, pendirian berkecuali perlulah sentiasa dipraktikkan dan dikekalkan oleh seluruh penjawat awam khususnya di negeri Melaka.

"Penjawat awam diseru terus fokus kepada kepedulian rakyat selain semua sistem penyampaian kerajaan perlulah berjalan dengan lancar demi memastikan rakyat di negeri ini mendapat perkhidmatan berkualiti seperti yang sedia ada," katanya.