Dua anggota tentera disyaki dera Prebet Muqriz hingga maut dilanjut reman

Muhammad Hafizuddeain beramah mesra dengan anggota semasa mengadakan lawatan ke kawasan operasi 8 Briged sempena Aidilfitri di Pos Tok'O, Rantau Panjang pada Isnin.
Muhammad Hafizuddeain beramah mesra dengan anggota semasa mengadakan lawatan ke kawasan operasi 8 Briged sempena Aidilfitri di Pos Tok'O, Rantau Panjang pada Isnin.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Tentera Darat Malaysia (TDM) memaklumkan dua anggota Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD) yang ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes kematian seorang anggota pasukan itu, Prebet Muhammad Muqriz Aseri, 21, dilanjutkan reman sehingga 9 April ini.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, kedua-dua prebet yang masing-masing berusia 22 dan 24 tahun itu kini disiasat di Miri, Sarawak.

Muhammad Hafizuddeain (kiri) memeriksa barisan semasa mengadakan lawatan ke kawasan operasi 8 Briged sempena Aidilfitri di Pos Tok'O, Rantau Panjang pada Isnin.
Muhammad Hafizuddeain (kiri) memeriksa barisan semasa mengadakan lawatan ke kawasan operasi 8 Briged sempena Aidilfitri di Pos Tok'O, Rantau Panjang pada Isnin.

"Kita tidak akan membuat sebarang spekulasi kerana ia masih di dalam siasatan polis.

"Walaubagaimanapun di pihak pasukan tetap melaksanakan siasatan Lembaga Siasatan kerana perbuatan mendera, membuli amat dipandang berat," katanya semasa sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke kawasan operasi 8 Briged sempena Aidilfitri di Pos Tok'O di sini pada Isnin.

Menurut beliau, TDM cukup kesal di atas kejadian tersebut.

Sinar Harian pada 26 Mac lalu melaporkan seorang anggota tentera maut dipercayai akibat kecederaan dalaman selepas disyaki didera oleh anggota senior dalam kejadian di sebuah kem di Miri, awal pagi Isnin.

Mangsa, seorang lelaki berusia 21 tahun, berasal dari Puchong, Selangor.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!