Jadikan pengajaran konflik politik

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - Kemelut politik yang melanda negara perlu dijadikan pengajaran kepada semua pemimpin dan bermuhasabah supaya tidak dianggap mengkhianati mandat rakyat.

Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Rusdi Omar berkata, sikap dan tindakan pemimpin parti kini dilihat sama sahaja, tiada beza antara pembangkang dan kerajaan.

"Tindakan menyalahkan UMNO dan Pas tidak sepatutnya berlaku, sebaliknya Pakatan harapan (PH) sendiri perlu mengkaji kenapa kemelut ini berlaku yang berpunca daripada dalaman mereka sendiri.

"Tidak perlu tuduh pencuri atau apa, sama saja. Itu interpretasi masing-masing," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, apabila pemimpin mementingkan kuasa dan kedudukan maka terjadilah apa yang berlaku dalam tempoh seminggu ini.

"PH jatuh kerana ada musuh dalam selimut, bukan kerana UMNO atau Pas tapi kepada Pas dan UMNO, jangan sibukkan diri tentang hal PH, biar mereka selesaikan sendiri masalah mereka," katanya.

Artikel Berkaitan: