Indonesia nafi sembunyi kes jangkitan Covid-19

Dr Muhammad Syahril
Dr Muhammad Syahril
A
A
A

JAKARTA - Indonesia menegaskan ia mempunyai sumber untuk menangani koronavirus (Covid-19) selepas banyak pihak mula mempersoalkan tentang ketelusan pihak berkuasa kesihatan berhubung maklumat sebenar kes wabak tersebut.

“Kemahiran kami dan maklumat yang dikumpulkan tidak wajar diragui. Jika tiada kes bermakna rekod kami ialah sifar. Mengapa tuduh kami cuba sembunyikan perkara ini?,” kata Pengarah Hospital Sulianti Saroso di Jakarta, Dr Muhammad Syahril ketika disoal tentang mengapa negara itu masih belum mengenal pasti kes jangkitan Covid-19.

Difahamkan, Hospital Sulianti Saroso adalah antara 135 hospital utama yang ditugaskan untuk menangani kes jangkitan Covid-19.

Kemudahan terbabit menyediakan 11 bilik pengasingan yang mempunyai simptom pneumonia.

“Kira-kira tiga pesakit telah dirawat manakala 21 diasingkan sebelum keputusan ujian mereka disahkan bebas virus tersebut,” ujarnya.

Sebelum ini, banyak pihak yang mempersoalkan ujian yang dilakukan makmal di Jakarta dan menegaskan ia juga perlu diperiksa oleh makmal di luar negara yang diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mengesahkannya.

Sehingga kini, tiada kes jangkitan Covid-19 dilaporkan di negara itu yang mempunyai populasi lebih 260 juta orang penduduk. - Agensi

Artikel Berkaitan: