Hina Agong: Itu Twitter palsu, kata Farhash

Farhash sahkan status dimuat naik menggunakan akaun @marhaein292 adalah palsu dengan menyalahgunakan gambarnya.
Farhash sahkan status dimuat naik menggunakan akaun @marhaein292 adalah palsu dengan menyalahgunakan gambarnya.
A
A
A

IPOH - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menafikan ada memuat naik status berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Twitter pada hari ini.

Menurutnya, status yang dimuat naik menggunakan akaun @marhaein292 pada jam 4.17 petang itu adalah palsu.

"Merujuk satu post di Twitter oleh @marhaein292 yang telah menyalah guna gambar saya, ingin saya jelaskan bahawa ianya adalah akaun palsu.

"Saya sebagai rakyat Malaysia mendukung Perlembagaan dan menghormati Yang di-Pertuan Agong," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu hanya akan menimbulkan suasana tegang dalam negara.

"Saya juga ingin memberi peringatan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab supaya tidak memecahbelahkan negara melalui sebarang perbuatan khianat," katanya.

Status berkenaan adalah berkait dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong melantik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Artikel Berkaitan: