'Ubat kemoterapi buat Ana Sufiyyah'

Haryani menunjukkan gambar Ana Sufiyyah (kiri) yang menghidap penyakit CML.
Haryani menunjukkan gambar Ana Sufiyyah (kiri) yang menghidap penyakit CML.
A
A
A

KOTA BHARU - Kanak-kanak yang menghidap penyakit jarang dialami iaitu leukemia mieloid kronik (CML), Ana Sufiyyah Mohd Tarmizi, 12, bakal menggunakan ubat kemoterapi baharu bagi membantu mengurangkan penderitaannya.

Ibu kanak-kanak itu, Haryani Mat Hussin, 46, bersyukur membeli ubat kemoterapi yang berharga lebih RM6,000 itu hasil sumbangan orang ramai.

"Terima kasih kepada orang ramai yang sudi memberi sumbangan bagi membantu meneruskan rawatan Ana Sufiyyah walaupun tidak sepenuhnya mencukupi.

"Saya sentiasa berdoa semoga ada rezeki kami untuk membayar jumlah ubat yang diperlukan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Ibu kepada 10 anak itu juga berjanji akan berusaha mencari wang bagi membiayai kos rawatan dan ubat yang diperlukan selepas ini.

Menurut Haryani, Ana Sufiyyah perlu bergantung kepada ubat kemoterapi seumur hidupnya, namun bergantung kepada penerimaan tubuhnya.

"Sebelum ini anak saya menggunakan ubat lain, namun selepas beberapa tahun perlu ditukar kerana tubuhnya tidak lagi dapat menerima ubat lama itu," katanya.

Penyakit Ana Sufiyyah Mohd didiagnos sejak dua tahun lalu dan terpaksa berulang-alik ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) untuk menjalani rawatan kemoterapi.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang wanita gigih mencari rezeki demi tiga anak dan suami yang mengalami masalah kesihatan.

Artikel Berkaitan:

Lebih menyedihkan anak keempatnya didiagnos penyakit CML manakala anak kedua mengalami masalah kemurungan manakala anak ketujuh pula perlu menjalani pembedahan tonsil.

Kanak-kanak itu turut mengidap ‘horse shoe kidney’ iaitu mempunyai hanya satu saluran penyambung untuk kedua-dua buah pinggang serta ‘golden har syndrome’ iaitu

tidak mempunyai cuping telinga di sebelah kiri dan mempunyai kad Orang Kurang Upaya (OKU).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!