Seorang maut nahas dua lori lima tan

Anggota bomba bertungkus lumus menyelamatkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan berkenaan. - Foto BBP Tangkak
Anggota bomba bertungkus lumus menyelamatkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan berkenaan. - Foto BBP Tangkak
A
A
A

TANGKAK - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera apabila lori lima tan jenis Hino yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori lima tan jenis Fuso di kilometer (KM) 169.8 arah selatan, pada awal pagi Jumaat.

Menurut Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan 2, Johairi Sameon dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan berkenaan pada jam 3.46 pagi.

Katanya, sejurus menerima panggilan berkenaan, satu pasukan keluaran operasi (PKO) melibatkan satu jentera fire rescue tender (FRT) dan satu unit jentera perkhidmatan penyelamatan, perubatan kecemasan (EMRS) serta 13 anggota, di hantar ke lokasi sejauh 27 kilometer.

“Setibanya PKO ke lokasi pada jam 4.11 pagi, didapati kemalangan tersebut melibatkan dua lori lima tan jenis Fuso dan sebuah lori jenis Hino lima tan.

“Terdapat dua mangsa tersepit di lori Hino dan salah seorang daripadanya disahkan meninggal dunia serta mangsa tersepit berjaya dikeluarkan kemudian diserahkan pasukan perubatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!