Lelaki ditahan hina Agong di Facebook

Antara kenyataan yang dimuat naik di media sosial oleh individu yang kini sedang disiasat polis.
Antara kenyataan yang dimuat naik di media sosial oleh individu yang kini sedang disiasat polis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun semalam kerana dipercayai memuat naik status menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di laman sosial Facebook.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, suspek dikatakan memuat naik status berkenaan menerusi akaun Facebook menggunakan nama Aaron Yee.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan iaitu kecenderungan menghasut serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian

Dalam kes berlainan, polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas D5, JSJ Bukit Aman juga sedang menyiasat pemilik akaun Facebook, Gavin Lee dan Haizad Azhar kerana melakukan kesalahan sama.

"Selain itu, seorang pengguna Twitter, Fadiah Nadwa Fikiri @FadiahNadwa juga turut disiasat selepas memuat naik kenyataan berunsur hasutan dan boleh mendatangkan suasana tidak harmoni dan perpecahan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Huzir berkata, orang ramai digesa agar mendukung prinsip Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada raja dan negara dengan tidak membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan yang mempunyai kecenderungan menghasut sehingga mendatangkan suasana tidak harmoni.

"Polis Diraja Malaysia turut menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang tindakan menyalahi undang-undang dan akan bertindak tegas mengheret pesalah ke muka pengadilan," katanya.

Artikel Berkaitan: