Warga emas maut dilanggar ketika melintas jalan

Seorang warga emas maut dipercayai dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), ketika melintas jalan di Taman Ungku Tun Aminah di sini, pada Khamis. - Foto IPD Johor Bahru Utara
Seorang warga emas maut dipercayai dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), ketika melintas jalan di Taman Ungku Tun Aminah di sini, pada Khamis. - Foto IPD Johor Bahru Utara
A
A
A

JOHOR BAHRU – Seorang warga emas maut dipercayai dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), ketika melintas jalan di Taman Ungku Tun Aminah di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, kemalangan berkenaan dipercayai berlaku pada jam 7.55 petang ketika lelaki berusia 66 tahun itu melintas dari bahu kiri Jalan Sutera Cengal.

“Ketika melintas jalan, lelaki tersebut dilanggar oleh sebuah MPV jenis Perodua Alza yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun yang bergerak lurus di laluan berkenaan.

“Insiden itu kemudiannya menyebabkan kereta Perodua Alza terbabit dirempuh dari belakang oleh sebuah MPV jenis Toyota Innova yang dipandu seorang wanita berusia 36 tahun kerana tidak sempat mengelak.

“Akibat kemalangan tersebut, warga emas terbabit mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Perodua Alza dan Toyota Innova tidak mengalami sebarang kecederaaan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu dengan melulu atau membahayakan.

Orang ramai yagn mempunyai maklumat berkaitan kes ini diharap dapat menghubungi dan menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat iaitu Inspektor Zulhisyam Aziz di talian telefon 019-7432966.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!