X

Kindly register in order to view this article
!

Akhirnya perjuangan seminggu membuahkan hasil, kata Azmin

Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjawab pertanyaan media selepas menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah seorang pemimpin berwibawa, berpengalaman serta berintegriti, kata Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atas pelantikannya itu, Mohamed Azmin bersyukur kerana perjuangan selama seminggu untuk membentuk kerajaan baharu akhirnya membuahkan hasil.

“Perjuangan ini melalui saat-saat getirnya, namun akhirnya kami mendapat dukungan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin angkat sumpah Perdana Menteri kelapan

BN ikrar sokong dasar PM ke-8, kembalikan bantuan rakyat

Jangan persoal keputusan Agong lantik Muhyiddin

Muhyiddin bukanlah PM sebenar, kata Dr Mahathir

Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pagi ini.

Mohamed Azmin berkata, di bawah kepimpinan Muhyiddin, mereka komited untuk membentuk kerajaan yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

“Kami komited terhadap agenda nasional demi memacu kebangkitan ekonomi, menjamin kemakmuran bersama, memelihara keselamatan dan kedaulatan negara, memperkukuh perpaduan rakyat serta menjayakan reformasi institusi,” katanya. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!