Lima dicekup main judi di pasar

A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor menahan lima individu dalam serbuan Op Dadu di sebuah premis di Pasar Awam Taman Johor Jaya di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, lima individu terbabit terdiri daripada dua lelaki iaitu penganjur dan pemain, selain tiga warga asing termasuk seorang wanita.

"Kelima-lima yang ditangkap dalam serbuan ini berusia antara 30 dan 55 tahun dan mereka akan disiasat di bawah Seksyen 7(2) dan Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 selain Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Polis turut merampas seutas beg pinggang, dua piring kecil, sembilan biji dadu, satu mangkuk kecil, sekeping kanvas dilukis permainan judi See Ngo Lak, satu lampu meja dan wang tunai berjumlah RM1,942,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, orang ramai diminta untuk menyalurkan maklumat jika terdapat aktiviti perjudian di kawasan masing-masing,” katanya.

Artikel Berkaitan: