X

Kindly register in order to view this article
!

Kediaman Muhyiddin jadi tumpuan pemimpin, media

Ahmad Zahid dan Ka Siong tiba di kediaman Muhyiddin pagi ini.
A
A

BUKIT DAMANSARA - Kediaman Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi tumpuan media yang berkumpul sejak 7.30 pagi lagi.

Turut kelihatan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong yang tiba jam 9.08 pagi disusuli Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dua minit kemudian.

Sementara itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba lebih awal sekitar jam 9 pagi dan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula tiba jam 9.25 pagi.

Mohamed Azmin tiba di kediaman Muhyiddin jam 9.08 pagi tadi.
Mohamed Azmin tiba di kediaman Muhyiddin jam 9.08 pagi tadi.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa dilaporkan berkenan melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Istiadat angkat sumpah dijadualkan pada jam 10.30 pagi ini di Istana Negara.

Sekitar 7.30 pagi, media mula berkumpul di kediaman Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sekitar 7.30 pagi, media mula berkumpul di kediaman Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!