Aliran trafik Jalan Gua Musang-Kuala Lipis masih sesak

Aliran trafik di Plaza Tol Gombak ke arah Pantai Timur bergerak perlahan berikutan pertambahan kenderaan warga kota yang pulang ke kampung halaman ketika tinjauan setakat jam 5 petang Sabtu. Foto Bernama

A
A
A

KOTA BHARU - Aliran trafik di beberapa jalan utama Persekutuan melibatkan jajahan Gua Musang dilaporkan masih sesak berikutan pertambahan kenderaan hingga 6 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kesesakan jalan raya masih berlaku di pintu masuk di sempadan masuk Gua Musang-Kuala Lipis sepanjang enam kilometer manakala di bandar Gua Musang aliran trafik lancar.

"Kenderaan bergerak perlahan dan kami menjangkakan pertambahan kenderaan akan terus berlaku pada malam nanti," katanya dan memaklumkan jumlah anggota bertugas turut ditambah.

Beliau berkata, pihaknya turut mengadakan program kesedaran dan peringatan tentang keselamatan jalan raya di samping mengagihkan sumbangan kepada perantau yang pulang untuk menyambut Aidilfitri.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!