Pemandu Honda City lawan arus serah diri

Video tular kereta Honda City dipandu wanita itu melawan arus dan membahayakan pengguna lain.
Video tular kereta Honda City dipandu wanita itu melawan arus dan membahayakan pengguna lain.
A
A
A

MELAKA - Pemandu Honda City yang tular selepas memandu secara melawan arus di persimpangan lampu isyarat Pulau Melaka-Jalan Syed Abd Aziz pada Jumaat telah dikenal pasti dan diambil tindakan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, wanita berusia 34 tahun itu telah hadir menyerah diri ke Pejabat Penguatkuasa Unit Polis Peronda Lebuhraya (HMPV) di Balai Bandar Hilir pada jam 5 petang.

"Tindakan saman POL 257 telah dikeluarkan ke atas ke atasnya.

"Kejadian ini jelas merupakan satu kesalahan lalu lintas kerana pemandu telah menggunakan laluan bertentangan dan tidak mematuhi syarat trafik," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Terdahulu, tular di aplikasi TikTok @ matshop07 pada Jumaat memaparkan kenderaan berkenaan gagal mematuhi tunjuk arah trafik dengan melawan arus.

Christopher menyeru orang ramai sentiasa mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelak sebarang insiden yang boleh membahayakan pengguna lain.

Ujar beliau, kerjasama semua pihak amat dihargai dalam memastikan keselamatan lalu lintas terjamin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!