Aidilfitri: Grand Saga, Pusat Pakaian Hari-Hari anjur kempen keselamatan jalan raya

Agihan beg 'goodies' oleh anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang kepada pengguna lebuh raya.
Agihan beg 'goodies' oleh anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang kepada pengguna lebuh raya.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemegang Konsesi Lebuh Raya Cheras-Kajang, Grand Saga Sdn Bhd (Grand Saga) dan Pusat Pakaian Hari-Hari menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya di Plaza Tol Batu 11, Cheras sempena sambutan Hari Raya Aidifitri 2025.

Ketua Pembangunan Jenama Pusat Pakaian Hari-Hari, Kviin Ng berkata, kempen tersebut turut mendapat sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Selain itu, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor dan rakan strategik mereka Stesen Minyak Petron Lebuhraya Cheras-Kajang turut bersama-sama menyokong program tersebut.

Pusat Pakaian Hari-Hari mengagihkan beg 'goodies' berisi kurma, air mineral, tuala, baucar dan duit raya RM5 x 500 set kepada pengguna lebuh raya Plaza Tol Batu 11, Cheras.
Pusat Pakaian Hari-Hari mengagihkan beg 'goodies' berisi kurma, air mineral, tuala, baucar dan duit raya RM5 x 500 set kepada pengguna lebuh raya Plaza Tol Batu 11, Cheras.

Menurutnya, kempen itu dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran pengguna mengenai keselamatan jalan raya terutama ketika musim perayaan.

“Kempen tahunan ini dianjurkan oleh Grand Saga dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi swasta.

“Memang setiap tahun kami dari Pusat Pakaian Hari-Hari menyokong kempen keselamatan ini, rezeki dikongsi bersama pengguna lebuh raya tol ini.

“Kami menyediakan beg 'goodies' berisi kurma, air mineral, tuala, baucar dan duit raya RM5 x 500 set untuk program ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kempen tersebut juga merupakan sebahagian daripada usaha mendidik dan mengingatkan pengguna lebuh raya tentang kepentingan pemanduan selamat.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, pengguna jalan raya turut mendapatkan edaran risalah mengenai keselamatan lebuh raya.

Dalam pada itu, Grand Saga akan terus memastikan keselesaan pengguna lebuh raya, selaras dengan usaha berterusan untuk meningkatkan tahap keselamatan jalan raya bagi semua.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!