Polis beri amaran jangan berhimpun bantah pelantikan PM

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Polis memberi amaran kepada mana-mana individu atau pihak untuk tidak menganjurkan sebarang perhimpunan bagi membantah pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan di Dataran Merdeka, malam ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, buat masa ini tiada sebarang notis diterima pihaknya berhubung penganjuran himpunan terbabit.

"Polis tetap akan memantau lokasi di sana (Dataran Merdeka) untuk memastikan tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku dan saya ingatkan mereka yang tidak berkenaan untuk tidak berkumpul.

"Kita akan sentiasa pastikan keselamatan dan bersedia untuk hadapi apa jua keadaan," katanya kepada Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong pilih Muhyiddin sebagai Perdana Menteri

Muhyiddin mohon semua pihak hormati keputusan Agong

Terdahulu tular di media sosial, satu himpunan dinamakan 'Turun Ke Jalan: Demokrasi Mati' akan diadakan sebagai tanda membantah pelantikan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu sebagai Perdana Menteri kelapan.

Tegas Mohd Fahmi, tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau pihak yang bertindak menimbulkan kekacauan dan kegusaran atau membuat sesuatu perkara yang mendatangkan mudarat awam.

Artikel Berkaitan: