Ibu dijemput Ilahi, Dr Akmal jadikan Nayra anak angkat

Dr Muhamad Akmal memangku Nayra ketika berkunjung ke rumah kanak-kanak itu pada Rabu.
Dr Muhamad Akmal memangku Nayra ketika berkunjung ke rumah kanak-kanak itu pada Rabu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Nasib seorang bayi yang masih menyusu badan kematian ibunya terbela apabila Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menjadikan Nayra sebagai anak angkatnya.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Dr Muhamad Akmal berkata, hasrat itu disampaikannya terus kepada bapa bayi berusia 6 bulan itu dalam satu kunjungan pada Rabu.

"Hari ni ALLAH SWT berikan saya seorang anak angkat baru iaitu adik Nayra.

"Semalam ibu Nayra dijemput ALLAH SWT akibat kemalangan dan meninggalkan Nayra, ayahnya serta tiga orang adik beradik yang lain," katanya.

Jelas beliau, hatinya tersentuh apabila melihat Nayra dan kakaknya masih kecil yang kehilangan ibu tercinta, Noor Faradhillah Muhammad Yusuff.

"Insya-ALLAH saya sudah maklumkan pada ayah Nayra tadi,untuk mengambil Nayra sebagai anak angkat supaya sama-sama dapat bantu ayahnya membesarkan Nayra," kata Dr Muhamad Akmal.

Dalam kejadian 8.40 pagi Isnin, Faradhillah, 42, maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh kereta di Jalan Melaka-Muar, berhampiran Kolej Komuniti Jasin, Merlimau.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!