Platform perkukuh ukhuwah, cintakan al-Quran

Warga KKSY yang menyertai World #QuranHour pada Selasa. - foto KKSY
Warga KKSY yang menyertai World #QuranHour pada Selasa. - foto KKSY
A
A
A

GOMBAK - Program World #QuranHour 2025 terus menjadi platform untuk umat Islam memperkukuh ukhuwah serta mengisi bulan Ramadan dengan amalan yang bermakna.

Warga Kolej Komuniti Selayang (KKSY) juga tidak ketinggalan apabila lebih 40 pelajar, pensyarah dan kakitangannya menyertai program tersebut yang dianjurkan dengan kerjasama Perpustakaan Daerah Gombak (PPAS).

Pelajar membaca Surah Al-Saff sewaktu program berlansung. - foto KKSY
Pelajar membaca Surah Al-Saff sewaktu program berlansung. - foto KKSY

“Ini merupakan tahun ketujuh kami menganjurkan program World #QuranHour yang memberi peluang kepada peserta untuk membaca, memahami dan menghayati al-Quran.

"Tahun ini, Surah Al-Saff dipilih sebagai surah utama kerana mesejnya yang menekankan kepentingan kesatuan dalam memperjuangkan kebenaran serta memperteguh keimanan,” menurut KKSY dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jelas KKSY, program tersebut turut bertujuan menggalakkan pelajar mendalami al-Quran serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

“Selain bacaan secara berjemaah, program ini juga diadakan secara hibrid, membolehkan penyertaan secara maya bagi semua warga KKSY.

"Inisiatif ini diharap dapat membentuk generasi pelajar yang lebih dekat dengan Al-Quran, berakhlak mulia, dan bersatu dalam memperkukuh nilai Islam di KKSY,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!