X

Kindly register in order to view this article
!

Anwar keluar dari Istana Negara selepas 10 minit tiba

Anwar meninggalkan pekarangan Istana Negara selepas 10 minit tiba melalui pintu 2 pada jam 1.30 tengah hari tadi. - FOTO ROSLI TALIB
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar meninggalkan pekarangan Istana Negara selepas 10 minit tiba melalui pintu 2 pada jam 1.30 tengah hari tadi.

Kenderaan dinaiki pemimpin itu diiringi beberapa kenderaan lain.

Turut kelihatan, Pengarah Komunikasi PKR yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Pada jam 12 tengah hari tadi, pemimpin Pakatan Harapan (PH) keluar meninggalkan Istana Negara selepas 10 minit dipercayai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut sama, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof serta Pengarah Strategik, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Pemimpin PH keluar Istana Negara

Pada jam 10.03 pagi, sebanyak 20 kenderaan dinaiki ahli Parlimen dari UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas terlebih dahulu tiba perkarangan Istana Negara.

Antaranya Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut sama, Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Pemimpin berkenaan keluar meninggalkan Istana Negara kira-kira 40 minit kemudian.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus