Lelaki maut dalam kebakaran rumah

Seorang lelaki berusia 53 tahun maut dalam kebakaran di Kampung Lubok Temiang, Simpang Mat Isa, awal pagi Isnin.
Seorang lelaki berusia 53 tahun maut dalam kebakaran di Kampung Lubok Temiang, Simpang Mat Isa, awal pagi Isnin.
A
A
A

LABUAN - Seorang lelaki berusia 53 tahun maut dalam kebakaran di Kampung Lubok Temiang, Simpang Mat Isa, awal pagi Isnin.

Mangsa dikenali sebagai Usman Tuah dipercayai tinggal bersendirian di rumah berkenaan, dijumpai terbaring tidak sedarkan diri di luar rumah yang terbakar itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, Abdul Rahman Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.20 pagi dan 21 anggota bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati rumah itu sudah musnah sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Abdul Rahman berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian untuk melaporkannya di balai polis berhampiran. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!