Lelaki tikam bekas isteri bertubi-tubi kerana enggan rujuk semula

 Bekas ahli politik tergamak menikam bekas isterinya sebanyak 10 kali gara-gara mangsa menolak untuk mereka berkahwin semula.
Bekas ahli politik tergamak menikam bekas isterinya sebanyak 10 kali gara-gara mangsa menolak untuk mereka berkahwin semula.
A
A
A

PALEMBANG - Bekas Ahli Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Palembang, Syukri Zen tergamak menikam bekas isterinya sebanyak 10 kali gara-gara mangsa menolak untuk mereka berkahwin semula.

Media tempatan melaporkan, akibat insiden itu mangsa berusia 40 tahun dikenali sebagai PW kini menerima rawatan di Hospital Hermina Jakabaring Palembang.

Menurut sepupu mangsa, kejadian itu berlaku baru-baru ini ketika mangsa mengunjungi rumah kenalannya sebelum suspek muncul dan memaksanya untuk kembali rujuk.

"Apabila mangsa mahu masuk ke dalam kereta, Syukri menghalang dan terus menikamnya berulang kali, mangsa ditikam di bahagian dada, lengan, perut dan dibeberapa bahagian lain," katanya lapor Kompas.com pada Rabu.

Suspek kemudiannya berjaya melarikan diri dan masih belum dapat dikesan.

Ketua Siasatan Jenayah Polrestabes Palembang, AKBP Yunar Hotma Parulian Sirait yang mengesahkan kejadian itu memaklumkan bahawa siasatan masih sedang dijalankan.

"Betul, anggota kami masih berada di lapangan dan sedang mengumpul keterangan rasmi daripada mangsa dan saksi," katanya pada Rabu.

Suspek merupakan bekas ahli DPRD Palembang dari Parti Gerindra dan pernah terlibat dalam kes keganasan terhadap seorang wanita pada 2022, yang menyebabkan dia dipecat daripada parti. -Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!