RUU Pendidikan (Pindaan) 2025: Fokus nilai kesedaran, bukan hukuman

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (tengah) bercakap pada Sesi Libat Urus Media RUU Pendidikan (Pindaan) 2025: Pelanjutan Dasar Pendidikan Wajib Dari Pendidikan Rendah Hingga Pendidikan Menengah dan Majlis Berbuka Puasa Bersama-Sama Murid Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih pada Rabu.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (tengah) bercakap pada Sesi Libat Urus Media RUU Pendidikan (Pindaan) 2025: Pelanjutan Dasar Pendidikan Wajib Dari Pendidikan Rendah Hingga Pendidikan Menengah dan Majlis Berbuka Puasa Bersama-Sama Murid Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR- Ibu bapa tidak perlu bimbang berdepan implikasi Rang Undang-Undang (RUU) Pendidikan (Pindaan) 2025 yang mewajibkan pendidikan sehingga peringkat menengah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, hal ini susulan Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai pendekatan terbaik bagi menangani isu keciciran pendidikan, dengan aspek utama yang diambil berat adalah berasaskan keperluan advokasi, nilai kesedaran dan tanggungjawab.

Menurutnya, keperluan pelaksanaan hukuman dan tindakan undang-undang hanya akan digunakan sebagai jalan terakhir bagi menangani isu membarah berkenaan, selepas semua usaha lain dijalankan tidak berhasil.

“Sebab itu kita kata langkah terakhir (tindakan undangundang) kerana kita mengambil iktibar daripada pengalaman menguruskan atau melaksanak an dasar pendidikan wajib sekolah rendah.

“Undang-undang ini bukan untuk menghukum. Apa yang lebih penting adalah usaha advokasi, kesedaran dan memastikan tanggungjawab pihak kerajaan dalam menyediakan akses serta bantuan pendidikan berjalan lancar terlebih dahulu,” katanya.

FADHLINA
FADHLINA



Beliau berkata demikian dalam sesi Libat Urus RUU Pendidikan (Pindaan) 2025: Pelanjutan Dasar Pendidikan Wajib dari Pendidikan Rendah hingga Pendidikan Menengah dan Majlis Berbuka Puasa bersama-sama Murid Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih di sini pada Rabu.

Hadir sama Ketua Setiausaha KPM, Datuk Ts. Dr Aminuddin Hassim dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Azman Adnan.

Fadhlina berkata, KPM mahu memastikan usaha advokasi, memberi kesedaran dan tanggungjawab kerajaan diberi penekanan terlebih dahulu sebelum tindakan undang-undang mengambil tempat, jika terdapat ruangruang yang tidak dicapai, tidak dipenuhi dan wujud kecuaian.

Artikel Berkaitan:

“Antara langkah yang telah digerakkan ialah program Ziarah Cakna di peringkat komuniti untuk memastikan tiada anak-anak tercicir ke sekolah.

“Kita melihat data kehadiran anak-anak yang telah kita rekodkan dalam sistem kita dan mengenal pasti pelajar yang kerap tidak hadir.

“Melalui program ini, guru dan pegawai KPM turun padang untuk bertemu keluarga pelajar bagi memahami punca sebenar mereka tidak hadir,” katanya.

Fadhlina (empat,kanan) menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama-Sama Murid Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih pada Rabu.
Fadhlina (empat,kanan) menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama-Sama Murid Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih pada Rabu.



Dalam pada itu, beliau berkata, terdapat kes membabitkan guru terpaksa mengetuk pintu rumah dan mengejutkan sendiri pelajar yang masih tidur pada jam 11 pagi sewaktu sesi persekolahan berlangsung.

“Ini menunjukkan bahawa dalam masyarakat ini masih perlu ada kerjasama daripada semua pihak.

“Sebab itu saya letakkan undangundang itu (sebagai pilihan) yang terakhir tetapi proses untuk memastikan kesedaran, tanggungjawab dan komitmen kerajaan ini di bawah teras ihsan itu benar-benar dilaksanakan,” katanya.

Menurut beliau, sistem pemantauan kehadiran pelajar telah diperkukuh melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang membolehkan pihak sekolah mengesan pelajar yang kerap tidak hadir dengan lebih spesifik.

Tiada lagi kanak- kanak tercicir

Dalam pada itu, Fadhlina turut mengakui bahawa faktor ekonomi sering menjadi alasan ibu bapa tidak menghantar anak ke sekolah, khususnya dalam kalangan keluarga yang bergantung penglibatan anakanak mereka untuk menjana pendapatan.

“Pendidikan di negara kita adalah percuma, jadi ibu bapa merasa lega. Namun, perbelanjaan lain seperti persiapan sekolah masih perlu ditanggung.

“KPM menyediakan pelbagai bantuan untuk semua murid,” katanya.

Fadhlina (lima,kiri) bergambar bersama murid-murid bimbingan kasih
Fadhlina (lima,kiri) bergambar bersama murid-murid bimbingan kasih



Menurut Fadhlina, pindaan RUU ini akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang dengan harapan ia dapat menjadi satu rangka kerja kukuh dalam memastikan tiada lagi kanak-kanak tercicir daripada sistem pendidikan negara.

“Ini bukan sekadar soal undangundang, tetapi satu ekosistem yang melibatkan semua pihak termasuk ibu bapa, komuniti, pihak sekolah dan kerajaan dalam memastikan hak pendidikan setiap kanak-kanak terjamin,” katanya.

Sementara itu, Azman berkata, RUU Pendidikan (Pindaan) 2025 ini merupakan simbol komitmen kerajaan Madani terhadap transformasi bidang pendidikan dengan paksinya berdasarkan teras ihsan.

“Kita mahu memastikan bahawa setiap anak warganegara Malaysia mendapat hak dan akses dari segi pendidikan, seterusnya memperoleh pendidikan berkualiti sehingga memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Perkara ini sekali gus dapat menangani banyak perkara antaranya isu keciciran pendidikan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!