Proses rekod keterangan Ismail Sabri sambung lagi Isnin depan

Ismail Sabri hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Khamis untuk direkod keterangan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Ismail Sabri hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Khamis untuk direkod keterangan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram.
A
A
A

PUTRAJAYA - Proses merekod keterangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram akan disambung semula pada Isnin depan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini.

Ia selepas proses yang berlangsung hampir lima jam selesai pada hari kelima iaitu Khamis.

Beliau yang menaiki Toyota Vellfire tiba pada jam 9.54 pagi dengan diiringi kenderaan polis sebelum beredar pada jam 2.51 petang.

Ismail Sabri juga sempat membuka tingkap kenderaan dan mengangkat tangan kepada petugas media.

"Cuti..cuti," ujarnya ringkas.

Ismail Sabri yang menaiki Toyota Vellfire hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Khamis untuk direkod keterangan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Ismail Sabri yang menaiki Toyota Vellfire hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Khamis untuk direkod keterangan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Sementara itu, sumber SPRM ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan proses merakam percakapan Ismail Sabri akan diteruskan pada minggu depan.

Artikel Berkaitan:

"Kita sambung pada Isnin depan, jam 10 pagi," katanya.

Pada 3 Mac, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata Ismail Sabri adalah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam sebuah 'safe house' susulan serbuan dilakukan pihaknya.

SPRM juga dilaporkan menyita 13 akaun membabitkan nilai lebih RM2 juta bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Semua hasil rampasan turut dikaitkan dengan perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta program publisiti sewaktu Ismail Sabri memegang jawatan Perdana Menteri kesembilan.

Terbaharu, Azam turut mengesahkan penahanan reman tiga hari seorang pengurup wang berusia lingkungan 40-an pada Isnin untuk membantu siasatan kes terbabit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!