Siasatan kes rasuah: Ismail Sabri hadir lagi ke SPRM

Ismail Sabri hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, pada Khamis, untuk direkod keterangan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Ismail Sabri hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, pada Khamis, untuk direkod keterangan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram.
A
A
A

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini untuk hari kelima, pada Khamis, bagi dirakam keterangan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Beliau yang menaiki Toyota Vellfire tiba pada jam 9.54 pagi dengan diiringi kenderaan polis.

Ahli Parlimen Bera itu sempat melambai tangan kepada petugas media yang berada di hadapan Ibu Pejabat SPRM seawal jam 9 pagi.

Pada Rabu, Ismail Sabri mengambil masa kira-kira enam jam untuk dirakam keterangan.

Pada 3 Mac, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata bahawa Ismail Sabri adalah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam sebuah ‘safe house’ hasil serbuan pihaknya.

SPRM juga dilaporkan menyita 13 akaun membabitkan nilai lebih RM2 juta bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Pendedahan itu dibuat menerusi siri serbuan membabitkan tiga premis, termasuk sebuah ‘safe house’ di sekitar ibu negara milik bekas pegawai kanan Ismail Sabri.

Semua hasil rampasan turut dikaitkan dengan perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta program publisiti sewaktu Ismail Sabri memegang jawatan Perdana Menteri kesembilan.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, SPRM juga telah merekodkan keterangan 36 saksi bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Ismail Sabri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!