Suami tampar isteri dijel enam bulan

Tertuduh (dua dari kanan) dipenjara enam bulan selepas mengaku bersalah menampar isterinya.
Foto Sinar Harian
Tertuduh (dua dari kanan) dipenjara enam bulan selepas mengaku bersalah menampar isterinya. Foto Sinar Harian
A
A
A

TEMERLOH – [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki dipenjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini kerana menampar isterinya pada Januari lalu.

Tertuduh, Shahrul Irzuan Alwi, 38 membuat membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Tan Chew King.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pada 8 Januari lalu kira-kira jam 8.30 malam di Felda Jenderak Utara, Kuala Krau didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas isterinya yang berusia 39 tahun dengan menampar pipi sebelah kanan.

Tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun atau dengan denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Adriana Azrin manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Adriana meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal bagi memberikan pengajaran kepada tertuduh yang seharusnya melindungi isteri dan mengambil kira kecederaan mangsa.

Dalam rayuan yang dikemukakan oleh YBGK, tertuduh bekerja kampung dengan pendapatan kira-kira RM800 sebulan dan menanggung enam orang.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dari tarikh ditahan.

Sebelum itu, isteri tertuduh membuat laporan polis susulan suaminya menamparnya sebanyak dua kali apabila mengetahui isteri memfailkan penceraian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!