Permintaan tinggi menjelang raya, dua lelaki cuba seludup minyak masak, gula

Gula dan minyak masak peket yang dirampas selepas Maritim Malaysia menahan sebuah bot kargo di perairan Tanjung Batu, Tawau.
Gula dan minyak masak peket yang dirampas selepas Maritim Malaysia menahan sebuah bot kargo di perairan Tanjung Batu, Tawau.
A
A
A

TAWAU - Permintaan tinggi dari negara jiran terhadap barang kawalan menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri mendorong dua lelaki cuba menyeludup minyak masak peket dan gula pasir menggunakan bot kargo di perairan Tanjung Batu di sini, pada petang Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, tindakan dua lelaki masing-masing berusia 25 dan 30 tahun dapat dihidu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Tawau yang melakukan rondaan di lokasi tersebut.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, kapal peronda Maritim Malaysia, KM Medang yang menjalankan Ops Pagar Laut telah berjaya mengesan pergerakan bot kargo tersebut yang sedang bergerak dari arah Jeti Makmur menuju ke Pulau Sebatik.

Bot kargo yang ditahan di perairan Tanjung Batu, Tawau pada Selasa lepas.
Bot kargo yang ditahan di perairan Tanjung Batu, Tawau pada Selasa lepas.

"Pemeriksaan awal mendapati bot kargo yang sarat dengan muatan barangan runcit dan kawalan berada di perairan berkenaan serta dikendalikan oleh seorang juragan lelaki tempatan bersama seorang pembantu lelaki warga Indonesia.

"Hasil pemeriksaan pada dokumen mendapati juragan gagal mengemukakan sebarang permit berkaitan barang kawalan yang dibawa dan hanya mempunyai dokumen pengikraran barangan runcit ke Pulau Sebatik," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya lagi, susulan daripada itu, dua lelaki tersebut ditahan bersama bot kargo dan muatan barang kawalan sebelum diiring ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk pemeriksaan serta siasatan lanjut.

"Hasil penggeledahan berjaya menemui sebanyak 2,110 kilogram gula pasir dan 820 kilogram minyak masak peket dalam bot kargo tersebut.

Artikel Berkaitan:

Dua lelaki ditahan kerana dipercayai cuba menyeludup barang kawalan ke negara jiran.
Dua lelaki ditahan kerana dipercayai cuba menyeludup barang kawalan ke negara jiran.

"Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan kesemua barangan kawalan, termasuk bot kargo dan enjin, disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM40,000.

"Siasatan juga akan dijalankan ke atas unsur penyeludupan ke negara jiran berikutan permintaan yang meningkat pada musim perayaan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!