Malaysia catat dua lagi kes positif Covid-19

Dua kes baharu positif koronavirus (Covid-19) direkodkan bagi negara, membabitkan warga Jepun dan Itali. Gambar hiasan.
Dua kes baharu positif koronavirus (Covid-19) direkodkan bagi negara, membabitkan warga Jepun dan Itali. Gambar hiasan.
A
A
A

PUTRAJAYA- Dua kes baharu positif koronavirus (Covid-19) direkodkan bagi negara, membabitkan warga Jepun dan Itali.

Ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 25 kes yang mana tiga daripadanya sedang mendapatkan rawatan manakala 22 yang lain telah pulih serta dibenarkan pulang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, wanita Jepun yang berusia 41 tahun mempunyai sejarah perjalanan ke negara matahari terbit itu pada Januari lalu dan Indonesia awal bulan ini.

"Pesakit mempunyai gejala demam dan telah mendapat rawatan pada 17 Februari sebelum dimasukkan ke hospital swasta, tiga hari kemudian," katanya.

Menurut beliau, ujian pengesanan Covid-19 diambil bagi kes ini dan disahkan positif pada 27 Februari lalu.

"Dia yang bekerja di negara ini sedang dirawat di wad isolasi Hospital Kuala Lumpur," katanya.

Bagi kes melibatkan warga Itali, Dr Noor Hisham berkata, pesakit itu mula mengalami gejala demam, batuk, sakit sendi dan badannya, sehari selepas pulang dari Itali.

"Dia mempunyai sejarah perjalanan ke negara berkenaan atas urusan kerja pada 15 hingga 21 Februari yang lalu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, lelaki berusia 54 tahun tersebut yang menetap di negara ini telah disahkan positif wabak itu, hari ini.

"Dia telah dimasukkan ke wad isolasi Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan pemantauan," katanya.