Masjid di Perak teruskan bacaan Qunut Nazilah

Semua masjid, surau diri Jumaat dan surau di Perak masih meneruskan bacaan doa Qunut Nazilah selepas solat fardu sebagai tanda solidariti tindakan kejam rejim Israel yang menyerang Semenanjung Gaza. Gambar hiasan
Semua masjid, surau diri Jumaat dan surau di Perak masih meneruskan bacaan doa Qunut Nazilah selepas solat fardu sebagai tanda solidariti tindakan kejam rejim Israel yang menyerang Semenanjung Gaza. Gambar hiasan
A
A
A

IPOH - Semua masjid, surau diri Jumaat dan surau di Perak masih meneruskan bacaan doa Qunut Nazilah selepas solat fardu sebagai tanda solidariti tindakan kejam rejim Israel yang menyerang Semenanjung Gaza.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, penganjuran bacaan doa qunut itu terus diadakan bagi memohon perlindungan buat rakyat Palestin.

"Dalam solat Jumaat atau solat tarawih kita menganjurkan atau imam membacakan doa qunut yang mana kita memohon bermunajat kepada ALLAH supaya ALLAH akan melindungi rakyat di Gaza dan beberapa tempat lain.

"Sebenarnya tanpa tunggu arahan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), ia perkara baik yang boleh dilaksanakan terutama seluruh masjid di negeri Perak," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Juadah Hari Raya 2025 kepada pasukan badan beruniform di Dewan Bankuet di sini pada Rabu.

Media melaporkan semua masjid dan surau di bawah seliaan Jakim dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarahkan untuk melaksanakan solat hajat secara berterusan sepanjang Ramadan.

Tindakan kejam rejim Israel membunuh 404 orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza adalah jenayah perang yang tidak boleh diterima sama sekali.

Terdahulu Saarani mengagihkan 10,500 kotak kepada pasukan badan beruniform antaranya PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri.

Barangan yang dibekalkan di dalam kotak juadah raya adalah rendang tok, nasi impit dan kuah kacang, sambal ikan bilis goreng dan serondeng.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!