Suria KLCC tampilkan dekorasi Maghribi sempena Aidilfitri

Suria KLCC menyambut Aidilfitri tahun ini dengan tema keindahan Maghribi.
Suria KLCC menyambut Aidilfitri tahun ini dengan tema keindahan Maghribi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suria KLCC menyambut Aidilfitri tahun ini dengan tema keindahan Maghribi dan menawarkan pelbagai aktiviti menarik serta ganjaran eksklusif untuk pengunjung bermula 7 Mac hingga 13 April ini.

Dekorasi di Centre Court menampilkan gabungan warna biru diraja dan emas, sementara itu Esplanade KLCC dihiasi lengkungan Moorish yang diterangi cahaya interaktif, menjadikan ia latar sempurna untuk merakam kenangan Aidilfitri.

Menghidupkan suasana perayaan, alunan muzik Maghribi dan Melayu bakal menggamit pengunjung menerusi persembahan ‘Tradisional Raya Tunes’ pada 30 Mac dan 1 April.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan berkata, ‘A Raya Dance Spectacle’ yang menampilkan tarian Maghribi turut diadakan pada 23 dan 29 Mac serta 31 Mac.

"Pelbagai bengkel kreatif juga disediakan antaranya ‘Raya Coaster Workshop’ dan ‘Raya Floral Workshop’ di mana pengunjung boleh mencipta hiasan bertemakan Aidilfitri.

“Sempena Hari Raya ini, kami berbesar hati untuk mempersembahkan satu sambutan yang bukan sahaja memukau dengan keindahannya tetapi juga menggalakkan perpaduan, kemurahan hati dan kegembiraan,” katanya pada pelancaran kempen Aidilfitri di Suria KLCC di sini pada Jumaat.

Francis menambah, Suria KLCC turut menawarkan ganjaran eksklusif kepada pembeli termasuk e-Baucar bernilai RM100 hingga RM300 bagi mereka yang berbelanja antara RM2,500 hingga RM10,000 dan pembelian e-Baucar bernilai RM1,000 turut menerima tambahan RM100.

Francis (belakang, lima dari kiri) bersama Pengerusi Suria KLCC Sdn Bhd, Datuk Mohd Salem Kailany (tengah) dan pengurusan Suria KLCC ketika pelancaran kempen Aidilfitri pada Jumaat.
Francis (belakang, lima dari kiri) bersama Pengerusi Suria KLCC Sdn Bhd, Datuk Mohd Salem Kailany (tengah) dan pengurusan Suria KLCC ketika pelancaran kempen Aidilfitri pada Jumaat.

Katanya, dalam usaha meningkatkan kesedaran kesihatan mental, Suria KLCC turut menjual ‘Suria Ribbon Pin’ dengan harga RM10, di mana hasilnya akan disalurkan kepada badan kebajikan berkaitan.

Artikel Berkaitan:

Alamanda Putrajaya turut membawa tema Maghribi dengan dekorasi di Centre Court serta persembahan tarian Zapin dan Arab dari 15 hingga 23 Mac.

Kanak-kanak dari rumah kebajikan YAYAKEM akan diraikan pada 20 Mac dengan sesi membeli baju raya dan berbuka puasa.

Di Mesra Mall, Kemaman pula kempen Aidilfitri berlangsung hingga 8 April dengan persembahan gamelan, bengkel kreatif dan program khas Jalinan Mesra bersama pelajar pendidikan khas pada 13 Mac.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!