Ismail Sabri hadir semula ke SPRM, sambung rakam keterangan

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir semula bagi menyambung proses rakaman keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Jumaat.
Kenderaan membawa Ahli Parlimen Bera itu dilihat tiba kira-kira jam 3.25 petang sambil diiringi anggota polis pengiring.
Terdahulu, Ismail Sabri bergerak keluar dari bangunan SPRM di sini selepas lebih tiga jam direkod keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.
Ismail Sabri sebelum ini telah mengisytiharkan harta kepada pihak SPRM sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang dijalankan.
Pengisytiharan itu dibuat pada 10 Februari lalu selepas diarahkan oleh suruhanjaya berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

