Nenek tular di TikTok, Nek Esah meninggal dunia

Perkongsian Aliff Haikal berkaitan Nek Esah sering mendapat perhatian pengguna TikTok. Gambar kecil; Nek Esah
Perkongsian Aliff Haikal berkaitan Nek Esah sering mendapat perhatian pengguna TikTok. Gambar kecil; Nek Esah
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang warga emas dikenali sebagai Esah Hamat atau Nek Esah yang tular di TikTok kerana gelagatnya bersama cucu, Aliff Haikal meninggal dunia pada Jumaat lalu.

Nek Esah yang berusia lingkungan 100 tahun itu memiliki enam anak, 56 cucu, 101 cicit serta 12 piut.

Perkongsian Aliff Haikal berkenaan pemergian Nek Esah itu telah mendapat tontonan sebanyak 519,000 oleh pengguna TikTok.

Pada masa sama, ia turut mendapat 20,000 tanda 'love' dan 1,356 komen.

Terdahulu, video Nek Esah yang dimuat naik oleh Aliff Haikal sering mendapat perhatian orang ramai dan menganggapnya nenek online kepada mereka.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!