Lelaki ditampar warga emas: Kertas siasatan dirujuk ke TPR sebelum Jumaat
18 Mac 2025 |
Berita Semasa Video
A
A
A
Polis akan merujuk kertas siasatan kes seorang warga emas yang menampar lelaki bukan beragama Islam di sebuah kedai serbaneka dalam pusat beli-belah di Johor Bahru kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) selewat-lewatnya Jumaat ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, lelaki warga tempatan berusia 65 tahun itu telah dirakam percakapannya pada Isnin bagi membantu siasatan kes terbabit.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Johor #PDRM #kestampar