Raja Muda Selangor serah sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim

Tengku Amir Shah berkenan menyerahkan sumbangan Aidilfitri kepada 634 anak yatim di Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Hulu Langat pada Sabtu. Foto Selangor Royal Office
Tengku Amir Shah berkenan menyerahkan sumbangan Aidilfitri kepada 634 anak yatim di Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Hulu Langat pada Sabtu. Foto Selangor Royal Office
A
A
A

HULU LANGAT - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 634 anak yatim dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid Al-Azim, Pandan Indah, di sini pada Sabtu.

Menurut kenyataan Selangor Royal Office, secara keseluruhan, seramai 2,046 anak yatim di daerah Hulu Langat menerima sumbangan berjumlah RM306,900 yang dikendalikan oleh Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

"Pada majlis ini, Raja Muda Selangor turut berkenan menyaksikan penyerahan cek cura berjumlah RM30,000 kepada YIDE, hasil sumbangan daripada Yayasan Imanufa’izin," menurut kenyataan tersebut yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office pada Ahad.

Sejurus selepas menunaikan solat Zohor berjemaah, baginda turut berkenan menyumbang kepada Infaq Yatim YIDE sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan anak-anak yatim di Selangor.

Majlis ini mencerminkan komitmen berterusan Raja Muda Selangor dalam memperkasakan kebajikan golongan kurang bernasib baik, khususnya anak-anak yatim di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!