Lapan pertubuhan anak yatim terima sumbangan RM245,000

Saarani (dua dari kiri) menyampaikan cek cura berjumlah RM36,000 kepada Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darussalam, Ipoh.
Saarani (dua dari kiri) menyampaikan cek cura berjumlah RM36,000 kepada Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darussalam, Ipoh.
A
A
A

TAPAH - Kerajaan Perak pada Selasa menyampaikan bantuan kewangan berjumlah RM245,000 kepada lapan pertubuhan kebajikan anak yatim dan miskin di negeri itu.

Bantuan berupa wang tunai disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Ar-Ridwani, Ipoh membabitkan peruntukan RM45,500; Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darul Aitam (Busarah) Temoh, (RM29,500) dan Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darussalam, Ipoh (RM36,000).

Turut merima bantuan, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Dahikmah, Gopeng (RM30,000); Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Tasawwur Islam Perak, Semanggol (RM30,000); Yayasan Anak Yatim Darussakinah, Teluk Intan (RM18,000); Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Warga Miskin Bait Al-Amin, Parit (RM26,000) dan Badan Khidmat Islam Perak (BAKIP) (RM30,000).

Saarani hadir ke program Dari Mata Turun ke Hati-Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cakna Komuniti di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Ahmad di Tapah pada Selasa.
Saarani hadir ke program Dari Mata Turun ke Hati-Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cakna Komuniti di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Ahmad di Tapah pada Selasa.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sumbangan tersebut bertujuan membantu menaik taraf kemudahan di premis masing-masing.

Menurutnya, sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) turut menyumbang RM6,000 bagi membiayai kos operasi enam maahad tahfiz dan persatuan di Perak.

"Sumbangan ini sangat bermakna terutama sekali kepada anak-anak yatim.

"Kita doakan supaya koperasi-koperasi ini akan terus dapat berbuat kebajikan pada masa akan datang," katanya selepas menyempurnakan program Dari Mata Turun ke Hati - Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cakna Komuniti di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Ahmad di sini pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

SKM menerusi program CSR turut menyumbang RM6,000 bagi membiayai kos operasi enam maahad tahfiz dan persatuan di Perak.
SKM menerusi program CSR turut menyumbang RM6,000 bagi membiayai kos operasi enam maahad tahfiz dan persatuan di Perak.

Hadir sama, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed dan Pengerusi SKM, Datuk Ahmad Norihan Jalal.

Dalam majlis itu, Saarani turut meluluskan peruntukan RM200,000 kepada pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Ahmad bagi kerja-kerja baik pulih asrama anak yatim.

"Wang ini bukan milik saya, tetapi duit kerajaan negeri yang diamanahkan kepada saya untuk kebajikan rakyat dan pembangunan negeri.

"Maka saya pulangkan semula kepada rakyat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!