PH mohon menghadap Sultan Johor

Syed Ibrahim (empat dari kanan) ketika sidang akhbar PH Johor di Hotel Grand Paragon malam ini.
Syed Ibrahim (empat dari kanan) ketika sidang akhbar PH Johor di Hotel Grand Paragon malam ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor terdiri daripada Parti Amanah Negara (Amanah), DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memohon menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar secepat mungkin kerana mendakwa mempunyai jumlah kerusi mencukupi bagi menerajui kerajaan negeri.

Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, hasil perbincangan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH Johor persetujuan dicapai bagi melantik Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan sebagai penyelaras PH Johor.

"Malam ini merupakan satu peristiwa penting untuk negara dan negeri Johor ketika sedang berlakunya kemelut politik.

"Selepas Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) keluar daripada PH, kita (PH Johor) perlu bincang antara tiga parti iaitu Amanah, DAP dan PKR untuk menentukan perjalanan parti selepas ini.

"Sebab itu kita lantik Aminolhuda sebagai penyelaras PH Johor kerana kita memerlukan seseorang yang boleh menyelaras aktiviti PH Johor," katanya pada sidang akhbar PH Johor di Hotel Grand Paragon malam ini.

Terdahulu Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan melalui sidang media yang sama mendakwa gabungan baharu daripada Barisan Nasional, Bersatu dan Pas tidak mempunyai sokongan majoriti iaitu 28 kerusi daripada 56 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

Pengumuman daripada PH Johor itu sekaligus meletakkan kedudukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor tergantung.

ARTIKEL BERKAITAN Pakatan Harapan tumbang di Johor

Artikel Berkaitan:

PH Johor dakwa gabungan baharu tidak dapat sokongan majoriti

Sultan Johor minta ADUN pilih PH atau gabungan baharu