DBKL sita barangan penjaja air balang 'Rambo'

DBKL sita barangan penjaja air balang 'Rambo' di sekitar Jalan Raja. Foto Facebook DBKL
DBKL sita barangan penjaja air balang 'Rambo' di sekitar Jalan Raja. Foto Facebook DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Penguatkuasaan melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap penjaja air balang tanpa lesen, atau dikenali sebagai penjual 'Rambo', di sekitar Jalan Raja, di sini.

DBKL memaklumkan bahawa hasil risikan dan siasatan mendapati penjaja ini sering bertukar lokasi perniagaan bagi mengelak dikesan oleh anggota penguat kuasa.

"Penjaja didapati menyembunyikan barang perniagaan di bangunan sekitar Dataran Merdeka.

Operasi dijalankan susulan aduan orang awam yang tidak selesa serta meragui tahap kebersihan air yang dijual. Foto Facebook DBKL
Operasi dijalankan susulan aduan orang awam yang tidak selesa serta meragui tahap kebersihan air yang dijual. Foto Facebook DBKL

"Operasi dijalankan susulan aduan orang awam yang tidak selesa serta meragui tahap kebersihan air yang dijual.

"Ini kerana peralatan perniagaan dibiarkan terdedah dan dikhuatiri tidak dibersihkan dengan sempurna," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan itu berkata bahawa semua barangan yang dikenakan tindakan sita telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras, untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

"DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan di lokasi tumpuan yang dikenal pasti.

Artikel Berkaitan:

"Sebarang aduan, orang ramai boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di https://adukl.dbkl.gov.my/," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!