MB Selangor lawat Gopi, bawa pulang air balang

Amirudin turut membawa pulang air balang yang dijual Gopi (kiri). Foto Facebook Amirudin Shari
Amirudin turut membawa pulang air balang yang dijual Gopi (kiri). Foto Facebook Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkesempatan melawat bekas pemain bola sepak kebangsaan, Mohammad Gopi Rizki, yang kini menjalankan perniagaan air balang sempena Ramadan.

Amirudin, yang ditemani Setiausaha Politiknya, Saifuddin Shafi Muhammad, melawat gerai Mohammad Gopi yang terletak tidak jauh dari kampung halamannya di Pontian, Johor.

Amirudin (kanan) melawat Gopi yang kini menjalankan perniagaan air balang sempena Ramadan. Foto Facebook Amirudin Shari
Amirudin (kanan) melawat Gopi yang kini menjalankan perniagaan air balang sempena Ramadan. Foto Facebook Amirudin Shari

Beliau mengenang kembali perjalanan karier bekas pemain sayap lincah itu, yang pernah bersama skuad Selangor ketika beliau menjadi pengurus pasukan tersebut pada 2016.

“Gopi merupakan pemain berbakat yang banyak menyumbang kepada pasukan. Saya mendoakan agar beliau dan keluarganya dimurahkan rezeki serta sentiasa dirahmati ALLAH SWT,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebooknya pada Isnin.

Mohammad Gopi sebelum ini dikenali sebagai Gopinathan Ramachandra, ialah seorang bekas pemain bola sepak Malaysia beraksi di posisi pemain sayap.

Sepanjang kerjayanya, beliau bermain untuk beberapa kelab termasuk Pahang, Selangor, Johor Darul Ta'zim, Melaka United, PDRM, Sarawak United dan Kuala Lumpur Rovers.

Mohammad Gopi juga pernah mewakili skuad kebangsaan dari tahun 2012 hingga 2015 dan selepas bersara daripada bola sepak profesional, beliau menceburi bidang perniagaan dengan menjual air balang sempena Ramadan.

Artikel Berkaitan:

Lawatan ini mencerminkan sokongan berterusan Amirudin terhadap atlet negeri Selangor, bukan sahaja dalam bidang sukan tetapi juga dalam kehidupan selepas bersara daripada arena bola sepak.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!