Ambank semarak Ramadan, Aidilfitri dengan siri karnival

Ambank mempersembahkan 'Ambank Fiesta @The Curve' dan 'Ambank Bazar Ramadan @ Foodpark, Matic' bagi menghimpunkan rakyat Malaysia bersama-sama dalam semangat perpaduan dan perayaan sebenar.
Ambank mempersembahkan 'Ambank Fiesta @The Curve' dan 'Ambank Bazar Ramadan @ Foodpark, Matic' bagi menghimpunkan rakyat Malaysia bersama-sama dalam semangat perpaduan dan perayaan sebenar.
A
A
A

SEMPENA meraikan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Kumpulan Ambank mempersembahkan 'Ambank Fiesta @The Curve' dan 'Ambank Bazar Ramadan @ Foodpark, Matic' bagi menghimpunkan rakyat Malaysia bersama-sama dalam semangat perpaduan dan perayaan sebenar.

Menariknya, siri karnival yang menampilkan lebih 300 vendor, penjual dan penjaja yang menawarkan pelbagai barangan keperluan perayaan itu adalah sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun ke-50 Ambank yang bertemakan 'Malaysia Kita'.

Antara yang mengambil bahagian termasuk rakan kongsi penjenamaan Ambank - Ibupreneur, MySkills Foundation dan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) yang menjual hidangan kegemaran perayaan, selain itu terdapat juga penampilan barisan selebriti tempatan yang menjual produk masing-masing.

Ketua Komunikasi Korporat & Pemasaran Kumpulan, Kumpulan Ambank, Shazman Shahid berkata, Ramadan dan Aidilfitri adalah antara perayaan utama di Malaysia dan Ambank percaya dalam menerima kepelbagaian yang menjadikan negara ini unik.

"Siri karnival ini adalah lebih daripada sekadar pasar jualan, ia adalah perhimpunan rakyat dari semua lapisan masyarakat, berkumpul untuk berkongsi kegembiraan musim ini.

"Melalui acara ini, kami juga berharap dapat memupuk rasa kebersamaan di samping menyediakan wadah bermakna dan berdaya maju untuk usahawan kecil mempamerkan perniagaan mereka dan berkembang maju," katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, karnival-karnival ini bukan sahaja menawarkan pengalaman membeli-belah, tetapi juga berfungsi sebagai wadah pemerkasaan untuk usahawan tempatan dan pemilik perniagaan kecil, memberi mereka peluang berhubung dengan pelanggan dan mengembangkan perniagaan ketika musim perayaan ini.

Dalam pada itu, selain dua karnival yang masing-masing berlangsung di The Curve, Kota Damansara dan Foodpark di Matic Jalan Ampang itu, Ambank turut menyemarakkan semangat Ramadan dengan tiga bazar di kawasan perbandaran utama iaitu Ambank Bazar Ramadan Tradisi @ Datuk Keramat; Ambank Bazar Ramadan Tradisi @Jalan Padi Mahsuri Bandar Baru Uda, Johor Bahru dan Ambank Bazar Ramadan Tradisi @ Kamunting,Taiping.

Artikel Berkaitan:

Semua rakyat Malaysia dijemput untuk menjadi sebahagian daripada perayaan besar ini dan merasai kehangatan dan kemeriahan Malaysia Kita.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!